Kuning Telur Sama Buruknya Dengan Merokok ?

Assalamualaikum .


Today, Hehehe... saye nak crita skit pasal telur .,.


       Telur sering disebut-sebut sebagai makanan yang sihat mungkin boleh mengakibatkan buruk terhadap kesihatan arteri.Putih telur diketahui bermanfaat bagi kesihatan kerana tinggi protein, tapi sayangnya kuning telur mengandungi kolesterol tinggi yang hampir sama bahayanya dengan nikotin rokok terhadap arteri.
Sebuah kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Western University di Kanada dan diterbitkan dalam jurnal Atherosclerosis menunjukkan bahawa diet kaya kuning telur boleh menyumbat arteri dan mengembangkan aterosklerosis.

         Seperti dipetik dari onlymyhealth, Jumaat (7/9/12), aterosklerosis adalah suatu keadaan perubatan yang boleh menyebabkan serangan jantung dan stroke, akibat pengumpulan plak di sepanjang dinding arteri.
Penyelidik di University Hospital juga melakukan kajian terhadap pesakit aterosklerosis tentang gaya hidupnya sehari-hari, pengambilan ubat-ubatan, riwayat merokok dan pengambilan kuning telur satu minggu.
Kadar daripada 1.262 pesakit menunjukkan bahawa plak pada dinding arteri mengalami peningkatan secara signifikan selepas usia 40 tahun.

          Tetapi peningkatan secara eksponen jug aterjadi pada pesakit yang mempunyai kebiasaan merokok dan yang mengambil kuning telur secara teratur. Besarnya pengaruh kuning telur dalam penumpukan plak arteri hampir dua pertiga dari pengaruh rokok.

           Merokok secara langsung dapat mempengaruhi pembuluh darah dan pembangunan plak, sedangkan pengambilan kuning telur mempunyai kesan yang tidak langsung, iaitu dengan menjejaskan kolesterol darah secara keseluruhan.

           Tahap kolesterol yang tinggi dalam darah menyebabkan pengumpulan plak arteri secara berperingkat. Selain makan kuning telur, ada faktor-faktor lain yang juga mempengaruhi kadar kolesterol, termasuk makan makanan berlemak, obesiti, kurangnya aktiviti fizikal dan genetik.
             
            Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kuning telur sangat berbahaya bagi individu yang berisiko terhadap penyakit kardiovaskular. Namun, percubaan lebih lanjut dan kajian prospektif masih diperlukan untuk mengesahkan perkara itu.

            Makan kuning telur menjadi bermasalah apabila digabungkan dengan sosej kerana kedua-duanya menyumbangkan kolesterol dalam peringkat yang cukup tinggi.Tetap makan kuning telur dengan putih telurnya untuk menjaga pengambilan lemak tepu dan tahap kolesterol yang lebih rendah dan dapat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular secara signifikan.


Sekadar Perkongsian ;) 


Freebies Header Cute :]


// Assalamualaikum ♥


Hai Hello, malam2 ni bosan, takdapat tido, so nak bagi freebies ajela :D Nak amek comment dulu. Klu x berkenan jgn marah sbb cari kat google je :]

http://i1132.photobucket.com/albums/m569/Ana_Elleyna53/headerwada.png

http://i1198.photobucket.com/albums/aa448/alia70/Untitled-2-2.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhHvQLdIbOwgbQa734F5NW0h3h0zyRDgfjk9ACEnd_NMa4GLzGjo6jSYVrYOnwskKgux8Cqk__ZdzH6NGd1gHYuBnmToimRm-2A5MxOVCophrxy7Pq0kXEryugAV0YT-r3fOUhn7fBAwSU/s1600/freebiesheaderblue.png


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh790b1UdvW7hn1Ch-OkPQYwPHVmWR2dQQ-SeZlL61cSXftEgjYcmLlZxoKOTV5V4SSgekP6LezUdP8gyWBMx5oClwsbngJYeJlOj6lWUb7xsjB9KTxTHFU5yEDR7O6QYnhxO-9S3gccII/s1600/cofeemunchy.png

http://3.bp.blogspot.com/-fhPL7w8xA8o/TvlKY25mZcI/AAAAAAAAAKg/0FHDBBIqDs0/s1600/Blue+Header.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj8hSaR9Yp5GyVStaugVtzQFTTdzufhbLFV8dxT22VYq9Ek6w5xWIvEIE6rO6Nptys94uiR4ydN7BReJM2wGM5TeEOn5Tj6pkNe0EDiG-zya4cW4mlH5jEImi6BbvcG3LiWbEZu0NOJAbg/s1600/free+header+1.png

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhuYKN2mAzwjDZa2q5uine5duUf9bUOY_5FkzRmnjyPTWGfRy9n0dgu7dVhQv2n7kRqAJRUhbOqMbTDVwJC0dqBLIkTB3pDPScLiQ29WNhsyegOTN-D9UljCiWSdfSxNHRuYd6rrmrIstg/s1600/t4t.gif


Okeyh . Tu je yg saye dpt carikan utk awk .. 
Lepas amik, jgn segan-II Follow saye  ye ! Sayang awk <3

   :D Sekadar Perkongsian :)

Tips-tips Belajar Dengan Berkesan - Dr Fadhilah Kamsah


1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan dan kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
 
2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:

-Kita ingat 10% apa yang dibaca         
- Kita ingat 20% apa yang didengar
- Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat 
- Kita ingat 70% apa yang dicakapkan   
- Kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-Quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.  


4. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).  Ulangkaji sekerap  mungkin.

5. Manfaatkan kemahiran mengingat:

- Tampal nota-nota penting di dinding - Gunakan kaedah akronim
- Tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
- Reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat

6. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham  

7. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya. Tampal maklumat yang rumit di tempat yang biasa dilihat.

8. Cekap mengatur jadual belajar: Mempunyai jadual belajar, Patuh kepada jadual, Buat jadual yang boleh diikuti

9. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh dan malas.  

10. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih atau mengantuk.


11. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas Berjaya belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan atau sesuatu yang menghiburkan hati.

12. Buat Persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

13. Berbuat baik kepada guru. Sentiasa menghormati dan menyayangi guru.

14. Baca doa tanda kesyukuran selepas belajar


Sekadar Perkongsian
Sumayyah